
Sulit
3 tahun
Kenapa susu perlu dihindari
doctor,ada pengamal kesihatan menyatakan, jika mahu siht n kekal kurus. Hindari 5 makanan.
1.gula pasir
2.tepung
3. Susu lembu
4. Nasi putih
5. Minyak
Knp susu perlu dihindari, bukankah susu sumber kalsium n lebih sihat brbndg makanan lain?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi dan menjukan soalan kepada kami di DoctorOnCall.
Untuk makluman anda, susu lembu boleh menyebabkan masalah pencernaan atau masalah pergerakan usus terutama bagi yang mempunyai alahan terhadap tenusu. Selain itu, terdapat kajian yang menunjukkan hubungan antara peningkatan pengambilan produk tenusu dengan penurunan hormon estradiol, hormon wanita.
Namun sekiranya diambil secara bersederhana dan tidak mempunyai alahan terhadap produk tenusu, tidak menjadi satu masalah jika ingin diteruskan.
Untuk maklumat lanjut, sila klik pada link ini ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.