
shah_pbp
5 tahun
Kenapa WBC naik turun bacaan?
Doktor,saya pergi ke klinik untuk buat ujian darah.WBC saya tinggi dengan bacaan 14.1 kemudian doktor berikan antibiotik.lepas 3 hari,WBC saya turun kepada 12.1 kemudian,doktor memberikan antibiotik yang jenis tinggi sikit.Bacaan terbaru lepas seminggu buat ujian darah dan makan antibiotik ialah 13.9.boleh doktor jelaskan kenapa?saya tidak demam dan tidak batuk dan doktor periksa pernafasan paru2 saya clear… cuma bila fikirkan tentang covid ni mula saya rasa paroid sangat menyebabkan saya kurang selesa bernafas,tapi boleh je bernafas.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Senarai di bawah adalah antara penyebab utama terjadinya peningkatan jumlah sel darah putih:
Jangkitan kuman : Sel darah putih boleh meningkat akibat jangkitan virus atau bakteria. Dalam sistem imunisasi badan yang normal, sumsum tulang akan mengeluarkan lebih banyak sel darah putih apabila serangan virus atau bakteria dikesan.
Keradangan : Terdapat banyak jenis penyakit yang menyebabkan keradangan termasuk alahan dan jangkitan. Antara penyakit ini adalah asma, ‘rheumatoid arthritis’, Crohn’s dan sebagainya.
Melecur atau terbakar : Bahagian tubuh yang melecur atau terbakar juga boleh menyebabkan keradangan dan jangkitan.
Pembedahan : Selepas seseorang melalui pembedahan, jumlah darah putih akan meningkat. Doktor akan memantau tanda-tanda lain untuk memastikan perkara ini bukan berlaku akibat jangkitan pada luka pembedahan.
Ubat-ubatan : Pengambilan ubat - ubatan seperti steroid boleh menyebabkan sel darah putih meningkat.
Stres/tekanan : Tekanan emosi atau fizikal boleh meningkatkan jumlah sel darah putih.
Penyakit sumsum tulang : Sumsum tulang adalah tempat penghasilan sel darah putih dan merah. Sebarang masalah di bahagian ini boleh menyebabkan penghasilan sel darah putih terlalu tinggi atau terlalu rendah.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor. untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.