
Anonymous
2 tahun
Kencing ada keluar darah bila nak habis
Saya lelaki berusia 30 tahun… Dua hari lepas saya kencing dh ada keluar daraj diakhir kencing… Selepas itu…saya rasa susah untuk kencing.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Batu karang dalam saluran kencing
- Penyakit kelamin
- Jangkitan saluran kencing
Sila berjumpa dengan doktor berdekatan segera jika mengalami simptom seperti:
- sakit di bahagian tepi atau bawah di bahagian pinggang,
- sakit di bahagian bawah abdomen,
- rasa hendak terkencing yang tidak boleh ditahan lagi atau
- susah untuk mengeluarkan air kencing
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.