
Sulit
4 tahun
Kencing ada ketulan darah
ibu saya berumur 52 tahun, dan sudah menopous. sekarang perut bahagian bawah sakit dan mencucuk. air kencing ada mengeluarkan ketulan darah. kenapa ya dr?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan salur kencing atau urinary tract infection
- Karang dalam saluran kencing
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
- Kanser serviks atau rahim
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda dan perkara ini memerlukan perhatian ibu anda dan doktor segera.
Sila berjumpa dengan doktor sekiranya beliau mengalami gejala ini:
- Demam
- Sakit dan kerap membuang air kencing
- Pitam
- Sakit perut
- Sakit dada
- Sukar bernafas
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.