Anonymous
7 tahun
Kencing berbuih bersertakan dengan keputihan yang gatal
Hai doc saya berumur 21 mau tanyaa kenapa tiap pagi atau petang kencing saya berbuih dan mengalami keputihan yang gatal Dan terkadang sy mengalami sakit bawa perut yg sangat sakit seperti period pain yang teruk tetapi hanya sekejap selepas itu okey semula dan terkadang sakit sebelah kiri perut sentiasa cramp dan boleh terjadi sakit secara mengejut hingga tidak dapat berdiri…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
7 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, antara punca kencing berbuih adalah:
- Kencing bercampur dengan pencuci ada mangkuk tandas
- Kencing dalam kuantiti yang banyak dan dalam kadar yang laju boleh menyebabkan kencing kelihatan berbuih
- Kencing terlalu peka akibat dehidrasi
- Masalah penyakit buah pinggang
- Protein di dalam air kencing
- Lelaki yang menghidap masalah “retrograde ejaculation”
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.


































