
asyrafsheriel
5 tahun
Kencing berbuih ( buah pinggang )
Sy baru sahaja main gymnasium utk bina badan dan mengamalkan minum whey protin dan creatine… lebih kurang sudah 2 bulan dlm sukan ini. Sejak beberapa hari ni sy mendapati kencing sy agak berbuih…tapi perkara ini tidak selalu terjadi, hnya bila sy kurang minum air maka kencing akan berbuih… sy mengamalkan minum air sehari 5 liter atau bersamaan 4 botol air mineral 1.5L. Adakah kencing berbuih ini sbb kan buah pinggang sy rosak?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, terdapat banyak punca air kencing berbuih. Kadang-kala punca air kencing berbuih bukanlah hanya disebabkan oleh masalah kesihatan sahaja tetapi merangkumi pelbagai faktor. Misalnya,
- Pencuci tandas yang berinteraksi dengan air kencing dan menyebabkan ia berbuih.
- Diet tinggi dengan protein
- Kelajuan air kencing juga menyebabkannya sesetengah masa.
- Dihydrasi kerana kurang minum air kosong
Air kencing berbuih yang tidak normal disebabkan oleh masalah kesihatan seperti :
- Jangkitan kuman pundi kencing
- Masalah buah pinggang
- Kehamilan
- Masalah darah tinggi masa mengandung
- Eklampsia (darah tinggi dalam golongan wanita mengandung)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.