jozulkifli89
4 tahun
Kencing Berbuih Hilang Selepas Minum Air Kosong Tetapi Masih Ada Lagi pada hari berikutnya
Saya lelaki berusia 31 tahun…
Saya mengalami kencing berbuih tetapi apabila minum air kosong…masalah kencing berbuih tersebut hilang…tetapi pada keesokanya waktu pagi kencing berbuih masih ada…keputusan darah dari Dr mengatakan buah pinggang normal…saya masih dilema…mohon pencerahan Dr.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah dan kemusykilan yang anda sedang alami pada masa ini berkenaan kencing berbuih. Terdapat beberapa perkara yang boleh menyumbang kepada masalah kencing berbuih seperti:
- Kencing manis
- Masalah buah pinggang
- Sindrom nefrotik
- Darah tinggi
- Dehidrasi
Ini hanyalah jawapan kami secara am. Kami sarankan anda untuk memantau kesihatan anda dan berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan jawapan dan kesimpulan.
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk penjelasan yang lebih jelas daripada doktor kami. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































