
Sulit
4 tahun
Kencing berdarah dan ngilu
Hi doktor,
Saye berumur pertengahan 20. Sudah berkahwin dan belum mempunyai anak. Baru baru ni saye kencing berdarah selepas bersama dgn suami. Maksud disini, pada malam hari ahad saye bersama dgn suami kemudian pada pagi selase saye mengalami kencing berdarah. Saya juga turun merasa sakit dan ngilu ketika penghabisan kencing. Ia tak berlaku dgn kerap. Ia berlaku selang sehari. Tetapi sakit ketike kencing maseh terase. Adakah ini batu karang? Atau jangkitan kuman? Perlukan saye berjumpe dgn doktor? Mohon nasihat dan pencerahan dari doktor. Terime kasih

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, masalah kencing berdarah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kuman pada saluran kencing
- Batu karang
- Kecederaan pada zakar
- Masalah pendarahan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana pendarahan berterusan boleh menyebabkan anaemia (kondisi kurang darah). Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.