Sulit
2 tahun
Kencing berdarah dan sakit apabila mengeluarkan air kecil. Berlaku setiap kali mengeluarkan air kecil
Saya wanita berumur 20. Saya mengalami masalah kencing berdarah dan sakit apabila membuang air kecil . Adakah ini satu jangkitan kuman atau masalah lain?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Jangkitan terhadap buah pinggang, pundi kencing dan urethra
- Batu karang di buah pinggang atau pundi kencing
- Glumerulonephritis
- Kanser buah pinggang
- Policystic kidney disease (PCOS)
- Kecederaan atau trauma pada buah pinggang, pundi kencing atau urethra
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.