
Anonymous
6 tahun
Kencing berdarah dan sakit di saluran
Saya seorang wanita berumur 27tahun, belum berkahwin.dalam 3hari yang lepas,saya mengalami masalah kerap kencing dan apabila kencing,ianya diikuti dengan darah, tapi permasalahannya,2hari lepas,saya telah didatangi period,tetapi masalah kencing kerap,berdarah,sakit masih lagi saya alami. Apa yang perlu saya lakukan?kerana tidur saya juga terganggu,dan kerja saya juga terganggu disebabkan masalah kerap kencing,serta terjaga ditengah malam disebabkan tidak tahan untuk membuang air kecil, sedangkan air kecil yang keluar dalam kuantiti yang sangat sedikit.

6 tahun
Selamat Sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan oleh anda.
Saya akan cuba menjawab soalan yang diutarakan oleh anda.
Kerap kencing boleh disebabkan oleh:
- Stress
- Diuretik, seperti chlorothiazide, yang menjadikan anda membuang air kecil dari badan anda
- Stroke dan keadaan otak atau sistem saraf yang lain
- Sindrom pundi kencing yang terlalu aktif (OAB), yang menyebabkan kontraksi pundi kencing yang seseorang mengalami dorongan tiba-tiba untuk membuang air kencing
Untuk pengesahan, saya syorkan anda untuk mendapatkan pendapat daripada doktor kami. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih