zag0810
6 tahun
Kencing berdarah ( dikesan slps ujian)
Sy berumur 56 thn. Bulan 5 saya terkena cirit birit dan doktor myuruh sy mjlani ujian air kencing. Keputusan mnunjukkan ader darah dlm air kencing. Sy ingat nsnti skan pulih.
Harini 15/7 sy ke klinik mjlani ujian air kencing dan didapati masih ader darah dlm air kencing. Apa punca ader darah dlm air kencing… adakah bahaya ? Apa patut sy lskukan utk merawat kembali normal.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kuman pada saluran kencing
- Batu karang
- Kecederaan pada zakar
- Masalah pendarahan
Terdapat beberapa usaha yang boleh anda lakukan untk mengurangi gejala seperti kerap minum air dan elakkan dari menahan kencing. Sebaiknya anda mendapatkan konsultasi doktor sebelum masalah anda menjadi serius.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.


































