
Sulit
5 tahun
Kencing Berdarah - pedih dan air kencing mengandungi darah
boleh tak saya dapatkan Antibiotik dari Pharmacy untuk sakit yg di alami ini.
Kencing mengandungi darah, ketulan hanya ketulan yang kecil. tetapi, mengandungi darah di dalam air kencing kerana air kencing berwarna merana dan berbau darah.
sakitnya apabila hendak membuang air kecil, yang perit.
Boleh saya dptkan Antibiotik dr Farmasi ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kencing berdarah yang anda alami boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya:
- Pendarahan haid yang tidak habis
- Radang saluran/pundi kencing - akibat jangkitan kuman atau batu karang
- Masalah buah pinggang - seperti penyakit imun (SLE, penyakit Wegener)
- Kesan ubat atau makanan
Merujuk kepada antibiotik, adalah perlu untuk diketahui bahawa ubat seperti antibiotik adalah ubat terkontrol dan perlu dipriskripsikan oleh doktor sesuai dengan diagnosis anda.
Khuatir masalah ini berlanjutan sehingga memudaratkan kesihatan anda, maka anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma)untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.