
Sulit
4 tahun
Kencing berdarah, sakit pinggang dan ketidakselesaan pada bahagian sulit
Saya berumur 19 thn
1 minggu lepas saya kena kencing darah dan sekarang sudah pulih dan tiba2 rasa sakit kat bahagian pinggang. Setalah berjumpa doctor dan membuat urin test tiada apa2… boleh saya tau masalah apa pada saya? Dan satu lagi ialah saya berasa tidak selesa di bahagian sulit saya …

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah kencing berdarah mempunyai pelbagai penyebab, antaranya ialah:
- Ketulan darah dalam buah pinggang
- ‘Sickle cell disease’
- Thrombocytopenia (kurang bilangan sel platelet)
- Hemophilia
- Penggunaan ubat cair darah (seperti aspirin atau warfarin)
Darah yang kelihatan ia berada dalam air kencing mungkin juga boleh datang dari punca yang lain , contohnya:
- Ejakulasi , selalunya disebabkan oleh masalah prostat (bagi lelaki)
- Pergerakan usus (berak berdarah)
Masalah sakit pinggang dan ketidakselesaan pada alat sulit pula boleh disebabkan oleh pelbagai kondisi kesihatan seperti:
- Jangkitan kelamin
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman dan bernanah
Untuk mengetahui punca sebenar serta rawatan yang tepat kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut serta pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, sekiranya gejala anda berlarutan sehingga mengganggu aktiviti anda, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih