
Sulit
4 tahun
Kencing Berdarah sakit
Saya berumur 14thn bru sbntar td sya mengeluarkan air kencing yg Berdarah.Saya tidak suka bersenam

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor
Air Kencing Berdarah mempunyai banyak sebab. Antara penyebabnya adalah:
- Jangkitan kuman dalam saluran kencing
- Masalah batu karang
- Masalah prostat bagi lelaki
- Penyakit buah pinggang
- Masalah pembekuan darah
Untuk mengetahui penyebab masalah anda, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan dan maklumat tentang diri anda adalah diperlukan. Pemeriksaan dan ujian tertentu juga mungkin perlu dilakukan bagi mengesan punca masalah ini dan merawatnya. Oleh itu anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.