Sulit
6 tahun
Kencing berdarah sejak 2 hari lalu
saya perempuan berumur 17 tahun. dah dua hari saya kencing berdarah. darah tu sikit je .tak bnyak. tapi bila kencing tu saya rasa sakit. start jdi mcm ni sebab saya tahan kencing.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kencing berdarah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kuman pada saluran kencing
- Batu karang
- Kecederaan pada kemaluan
- Masalah pendarahan
Sebaiknya anda menemui doktor untuk mendapatkan ubat agar dapat kencing dengan baik serta dapat mencari penyebab masalah ini. Antara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan berat gejala adalah:
- Kerap minum air
- Elakkan dari menahan kencing
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.


































