
Sulit
4 tahun
Kencing berdarah selepas bersalin Czer
Hi Doctor…
Saya baru bersalin secara cser pada 24 Oct yg lalu… Masalahnya, pada hari ke 15, tertiba sahaja kluar air jernih pada virginia… Selepas diperiksa didapati saluran kencing terluka semasa czer dan menyebabkan ianya membengkak shingga ke kidney…
Sy sudah melalui procedure memasukkan stand pada saluran kencing… Tetapi selepas 2 hari, air kencing jadi berdarah… Adakah perkara ini normal??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda air kencing berdarah yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar dipanggil “microscopic hematuria”. Antara penyebabnya adalah:
- Jangkitan kuman dalam saluran kencing
- Masalah batu karang
- Masalah prostat bagi lelaki
- Penyakit buah pinggang
- Masalah pembekuan darah
Untuk makluman pihak anda, selepas penggunaan tiub saluran kencing, anda boleh mendapat gejala seperti pedih ketika kencing dan kencing berdarah. Gejala ini biasanya akan sembuh selepas beberpa waktu. Sekiranya anda masih mengalami gejala secara berpanjangan, rujuk kembali kepada doktor anda
Untuk mengetahui penyebab masalah anda, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan dan maklumat tentang diri anda adalah diperlukan. Pemeriksaan dan ujian tertentu juga mungkin perlu dilakukan bagi mengesan punca masalah ini dan merawatnya. Oleh itu anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.