
Sulit
5 tahun
Kencing berdarah selepas hubungan sex
Saya wanita yg berumur 40an punya masalah kencing berdarah selepas hubungan intim bole saya tau kenapa jd mcm ni

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kencing berdarah selepas hubungan intim ini boleh disebabkan:
- Kecederaan pada saluran kencing
- Jangkitan saluran kencing
- Batu karang dalam saluran kencing
- Masalah pendarahan
- Masalah imun badan seperti penyakit SLE, Wegener
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.