
peterhannan65
5 tahun
Kencing bernanah ketika kencing
Saya mengalami kesukaran saat ingin membuang air kecil, rasanya seakan pedih Dan Hampir 5 hari sudah berlalu . Saya Cuba mencari masalah penyakit dalam google. Adakah saya mengalami gonorea? Apakah ubatan Yang boleh menyembuhkan? Dimanakah Saya boleh membeli ubat tersebut ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kencing pedih dan bernanah yang anda alami ini boleh disebabkan:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman dan bernanah
Untuk merawat kondisi yang anda alami ini, diagnosis yang tepat perlu diketahui melalui konsultasi lanjut. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.