Sulit
3 tahun
Kencing keluar darah berlendir
saya wanita 20 an , mengalami kencing yang keluar darah yang berlendir tetapi sedikit dan sakit selepas kencing rasa seperti kencing tidak lawas.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda
Berdasarkan pernyataan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba membantu anda
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Jangkitan saluran kencing
- Batu karang di ginjal
- Kanser pundi kencing
- Jangkitan di pundi kencing
- Kegagalan buah pinggang
- Policystic Ovary Syndrome
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

































