
Sulit
3 tahun
Kencing keluar ketulan darah kita melebihi due bersalin
Salam doktor. Saya dah 40 minggu 2hari. Saya turun darah ketika melebih due…saya dah pergi ke hospital dan doktor check pembukaan cuma 2cm jadi mereka suruh saya balik dulu dan pantau sahaja dari rumah jika air ketuban pecah atau baby kurang berkurang baru datang balik. Dan tadi semasa saya kencing…saya check ade ketulan darah keluar dan ketika saya basuh saya berasa agak berlendir di faraj saya. Adakah ianya normal? Perlu ke saya risau?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai masalah anda.
Masalah anda boleh bermakna anda akan bersalin. Lendiran yang anda rasakan bersertakan keluaran darah boleh disebabkan oleh cervical mucus plug. Namun, masalah anda juga boleh berlaku akibat jangkitan kuman atau masalah uri.
Kami menyarankan anda untuk merujuk kepada hospital dengan kadar segera untuk mendapatkan rawatan.
Terima kasih, kami berharap jawapan kami dapat membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.