
Anonymous
5 tahun
Kencing keluar ketulan darah
Saya wanita berusia 25 tahun dan berbadan besar. Saya baru saja habis period sudah 3 hari yg lalu. Tapi sy dapati sejak semalam faraj sy keluar darah seperti haid cuma bewarna merah pucat dan coklat. Hari ni sy kencing keluar ketulan kecil darah warna merah terang di awal kencing. Apakah maksudnya doktor? Sebab pegi ke klinik swasta mahupun kerajaan, doktor suruh makan ubat berhentikan pendarahan saja. Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Ketulan berwarna merah gelap adalah darah yang telah beku. Kadang kala darah haid tidak boleh keluar dari rahim kerana serviks atau faraj anda tertutup. Oleh itu, ia menjadi bekuan darah dalam rahim dan hanya jatuh keluar apabila serviks dan faraj anda terbuka.
Kencing berdarah juga boleh disebabkan oleh masalah berkaitan dengan buah pinggang atau bahagian lain dalam sistem saluran air kencing , seperti:
- Inflamasi terhadap buah pinggang (glomerulonephritis), pundi kencing, prostat atau urethra
- Kecederaan terhadap buah pinggang atau pundi kencing
- Kanser pundi kencing / kanser buah pinggang
- Jangkitan terhadap buah pinggang, pundi kencing , prostat atau urethra
Anda disarankan untuk mendapatkan rundingan tentang masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat yang selanjutnya. Terima kasih