
Sulit
4 tahun
Kencing keluar lendir coklat
Saya wanita usia 28… ketika saya kencing keluar lendir coklat…boleh saya tau apa masalahnya… adakah itu memudaratkan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah pengeluaran lendir ketika membuang air kecil.
Untuk makluman anda, masalah seperti yang anda perihalkan di atas boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Antaranya ialah:
- jangkitan pada saluran air kencing, atau lebih dikenali sebagai Urinary Tract Infection .
- Jangkitan STI pada kelamin seperti bakteria, syfilis, kulat dan gonorrhea .
- Keradangan pada pundi kencing ( Interstitial Cystitis )
- Jangkitan kuman pada darah ( Bacteremia and Septicaemia )
- Jangkitan TB pada buah pinggang atau pundi dan salur kencing
- Penyakit buah pinggan seperti penyakit keradangan, tekanan darah tinggi, serta jangkitan kuman pada sistem penapisan buah pinggang.
- Batu karang pada buah pinggang atau salur buah pinggang yang boleh menyebabkan jangkitan kuman.
- Keradangan pada prostat ( Prostitis )
- Penyakit auto-imun seperti Lupus dan penyakit Kawasaki
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda mengenai masalah ini agar mengetahui lebih tepat mengenai puncanya serta mendapatkan rawatan yang sesuai. Jika dibiarkan ia berlarutan tanpa rawatan ia akan membawa kesan yang buruk serta memudaratkan kesihatan.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.