
Sulit
4 tahun
Kencing keluar lendir darah dan ketul
Saya berumur 25 tahun saya ada masalah period kali ni darah saya tak banyak and tak sakit macam seperti dlu tak pernah berlaku.saya perasaan bila nak kencing akan keluar lendir darah sedikit dan ketul darah. Saya juga ade makan ubt doktor kulit sbb saya ada masalah kulit sensitif. Adakah ubat tersebut ada kaitan dengan masalah saya sekarang?tolong saya doktor:sob:

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
- Karang di dalam salur kencing
- Sindrom polisistik ovari
- Endometriosis atau adenomyosis
- Polip atau fibroid rahim
- Kecederaan dinding faraj
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted infection)
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Berkenaan soalan anda, kami kurang pasti sama ada pendarahan tersebut berpunca daripada ubat yang diambil oleh anda ataupun sebab lain. Pemeriksaan lanjut perlu dilakukan untuk mencari punca pendarahan yang dialami oleh anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.