Sulit
4 tahun
Kencing keluar serbuk halus bewarna coklat
Anak saya mengalami cirit birit / muntah seminggu yang lalu. Doktor mendapati tekak anak daya terlalu merah dan ada biji-biji putih itu menyebabkan anak saya kurang selera makan. Sehingga hari ini anak saya hanya banyak minum daripada makan. Makan pun bila dipaksa dan hanya 4/5suap. Berat badan pun menurun. Dan hari ini juga saya dapati anak saya buang air kecil keluar serbuk halus bewarna coklat cair. Adakah itu berpunca dari dehidrasi atau buah pinggang?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, jangkitan tekak kadang kala boleh menjejaskan organ lain melalui aliran darah. Kami khuatir bahawa anak anda mungkin mengalami masalah buah pinggang akibat daripada jangkitan yang masih peluh sepenuhnya. Dehidrasi selalunya menyebabkan kuantiti air kencing yang sedikit dan berwarna kuning gelap.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.