
Anonymous
5 tahun
Kencing Kotor / Gastrik
Hi saya berusia 20an dan sudah bekerja.Saya ingin memeberitahu masalah yang saya alami sekarang.
Pada bulan awal Julai 2019 saya mengalami kencing kotor yg teramat teruk bagi saya sampai tahap keluar darah ketika membuang air kecil. Perkara itu hanya berlaku 2 hari sahaja. Selepas beberapa hri kemudian saya diserang sakit/krem bawah perut sebelah kiri dan selepas itu sebelah kanan juga. Nak minta pendapat doktor ala yang patut saya buat.
Adakah bagus saya minum air barli untuk sakit kencing kotor itu?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kencing kotor ( urinary tract infection ) dan gejala anda yang lain boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- jangkitan kuman
- batu karang
- keradangan pundi kencing
- masalah buah pinggang
Memandandangkan sebahagian besar kencing kotor dipengaruhi oleh jangkitan, sebaiknya anda mendapatkan konsultasi doktor untuk mengesan penyebab pasti masalah anda serta mendapatkan ubat yang sesuai dengan jangkitan yang terjadi. Langkah sederhana yang boleh dilakukan bagi mengurangkan keparahan kencing kotor adalah dengan minum lebih air. Air barli boleh diminum tetapi lebih baik air suling atau air masak. Kurangkan atau elakkan gula dalam minuman dan makanan anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.