
nurulasna.nia
5 tahun
Kencing kotor masih tidak baik
hi doctor,
sy mengalami UTI since dari 27/2, sy ke klinik buat ujian air kencing dan dontor bagi say aubat tahan sakit, autibiotik (zocef 500mg), dan serbuk lawas kencing,sy makan ubat seperti yang disarankan, tetapi sakit masih x hilang, 3/3 sy ke klinik semula dan doctor tambah ubat antibiotik (clavomid 625), tetapi sehingga ke hari ini perut dan bahagian punggung sy masih sakit, kenapa ye doctor.

5 tahun
Hi!
Saya memahami tentang kesakitan pada bahagian perut serta punggung yang anda alami walaupun telah mendapat rawatan. Untuk makluman anda, ia mungkin disebabkan oleh perkara berikut:
- Antibiotik mengambil masa 48 jam untuk berfungsi. mungkin anda masih perlu menunggu untuk ubat tersebut berkesan.
- Diagnosis yang salah (mungkin batu karang, gastritis, jangkitan kuman pada buah pinggang, masalah saraf)
- ubat yang tidak bersesuaian
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.