
Sulit
4 tahun
Kencing malam dalam seminggu 4 kali or everyday…walaupun dah kencing bnyak kali sbelum tidur
saya perempuan brumur 17 thun boleh dkatakan seminggu memang kerap kencing malam…wlaupun sbelum tidur, sya dah sapu2 ubat panas skitar bwah perut, slalu pergi masuk toilet untk kencing tpi malam masa sya tidur, sya akan kencing jugak antara sedar x sedar… apa solusinyanya dan kenapa jadi macam tu erkk…sya start kencing mlam msa umur sya kecik2 dulu hingga sekrang… dlam stahun memang sya akan kencing malam jugak…sya rsa fed up klau nk tidur… tol9ngla saya:sob:… masalah apakah ini

4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah kerap kencing yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Jangkitan kuman pada pundi kencing
- Gejala penyakit kencing manis
- Terlalu banyak minum air
- Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
- Radang pada pundi kencing
- Penggunaan ubat ubatan seperti ubat darah tinggi jenis diuretik
- Pundi kencing terlalu aktif (Overactive Bladder)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah anda dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Untuk info lanjut tentang masalah ini secara mendalam, anda boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan pihak kami secara peribadi. Terima kasih