
Sulit
4 tahun
Kencing malam dan masalah yang berkaitan dengan pundi
saya remaja berumur 15 tahun . saya ingin bertanya apakah sebab saya selalu kencing malam walaupun di kalangan remaja . saya malu dengan kawan-kawan dan keluarga kerana mengejek saya . dan satu lagi apabila saya memakai seluar saya mendapati seluar saya akan selalu basah dan kebiasaannya baunya hancing seperti air kencing . saya perlu menukar seluar secara kerap dan apabila bangun daripada tidur saya selalu perlu mandi terlebih dahulu untuk membasuh jika itu air najis juga . saya malu hendak berjumpa dengan doktor di mana-mana klinik dan memberitahu ibu saya . saya harap doktor dapat jelaskan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala kerap kencing, antaranya:
- Jangkitan kuman pada pundi kencing
- Gejala penyakit kencing manis
- Terlalu banyak minum air
- Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
- Radang pada pundi kencing
- Penggunaan ubat ubatan seperti ubat darah tinggi jenis diuretik
- Pundi kencing terlalu aktif (Overactive Bladder)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.