fadrilla_sweet
6 tahun
Kencing mania type 2
Bolehkah neurobion di ambil bersama ubat kencing manis, darah tinggi dan pencair darah. Kencing manis type 2
Terima kasih
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Neurobion mengandungi vitamin B1, B6 dan B12. (Vitamin B kompleks) yang penting untuk saraf. Vitamin B kompleks dalam ubat ini berfungsi untuk merawat sebarang kekurangan vitamin tersebut dalam badan supaya masalah saraf dapat dielakkan.
Neurobion boleh diambil jika anda mengambil ubat kencing manis kerana kencing manis menyebabkan gangguan saraf pesakit tersebut
Namun pengambilan Neurobion boleh berkemungkinan menyebabkan tindak balas bersama dengan ubat darah tinggi/ pencair darah. Saya sarankan anda untuk mendapatkan nasihat doktor dahulu sebelum memakan Neurobion.Sila maklumkan doktor anda tentang semua ubat yang anda ambil.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.




























