
Sulit
4 tahun
Kencing manis-cara diet yang sesuai
saya wanita berumur 29tahun.baru 2 bulan disahkan ada kencing manis,saya mencuba pelbagai diet untuk kurang kan kadar gula dalam darah ,exercise pon buat tetapi 3 hari seminggu,tetapi kadar gula masih di atas 10mmol

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa makanan yang anda boleh makan sebagai penghidap kencing manis, seperti:
- Sayur-sayuran seperti bayam, brokoli, kobis dan bok choy
- Makanan bijiran penuh
- Ikan seperti salmon, mackerel, tuna dan sardin
- Kekacang
- Buah-buahan sitrus seperti buah oren
- Ubi keledek
Makanan yang anda perlu elakkan adalah makanan mempunyai indeks glisemik yang tinggi seperti:
- Nasi putih
- Pasta
- Roti
- Kentang
- Tembikai
Dapatkan kesihatan yang berpanjangan, hindari kencing manis dari awal !
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor pakar atau pakar nutrisi untuk menentukan pemakanan yang sesuai untuk anda dan mendapatkan kesimpulan lebih lanjut.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.