Sulit
6 tahun
Kencing Manis dan pengambilan insulin
Ibu saya telah menjalani pembedahan di belakang badan akibat bisul, dan ibu saya juga telah disahkan mengidap penyakit kencing manis,
Setelah pulang ke rumah dokter memberi ubat insulin dah antibiotic,
Setelah makan ubat yg telah diberi, kaki ibu saya menjadi bengkak kedua2 belah,
Adakah itu normal?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, kaki bengkak mungkin disebabkan pembedahan yang telah dijalani. Ibu cik perlu banyak berehat dan kurang bergerak sekali gus mengakibatkan aliran darah tidak lancar dan berkumpul di bahagian bawah badan. Masalah tersebut juga boleh disebabkan darah beku pada bahagian kaki, kesan sampingan ubat insulin atau kencing manis tersebut seperti masalah buah pinggang.
below)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.



























