
Sulit
4 tahun
Kencing manis dan pil viagra
Suami kekurangan nafsu disebabkan dia mempunyai masalah kencing manis dan darah tinggi.bolehkah saya membelikannya pil viagra utk mengatasi masalah ini.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, ubat Viagra atau sildenafil biasanya digunakan untuk merawat masalah:
- Mati pucuk
- Ejakulasi pra-matang
- Masalah respiratory distress di kalangan bayi
Namun begitu ubat ini biasanya memerlukan preskripsi doktor untuk mendapatkannnya. Oleh itu, sila rujuk masalah anda dengan lebih lanjut untuk mengetahui sama ada anda memerlukan ubat ini atau tidak dan sekiranya perlu anda boleh mendapatkannya dengan preskripsi daripada pihak kami. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi dan ubat yang sesuai. Terima kasih.