
Sulit
5 tahun
Kencing manis, dan sekrang saya mengambil suplement untk kencing manis
Adakah spelmenf tu bagus untk saya …nama suplemnt tu NATURALLE DIAMELON 500mg …buat masa nie gula saya paling tinggi 11.6 …saya mempunya mesin cek gula jadi saya akan cek dengan sendiri nya dirumah …sebb ade kesukaran untk pergi ke klinik untk buat pemeriksaan…boleh tak dgn cara nie saya boleh mngawal kadar gula saya ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, cara terbaik untuk mengawal kencing manis anda adalah dengan diet. Selain itu, anda juga perlu makan ubat kencing manis anda. Supplemen tidak akan mengurangkan kadar gula anda tetapi memberi nutrien tambahan sahaja. Jangan lupa untuk bersenam 5 kali seminggu selama 30 minit.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.