
nazrihamid1981
5 tahun
Kencing manis.. Paras gula dlm darah
Paras gula isteri sy dlm paras 10-12 slps sarapan pagi… Adakah dia risiko utk penyakit kencing manis doc?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, bagi merawat keadaan para gula yang tinggi, terdapat dua cara.
Bagi julat bacaan gula normal bagi orang yang berpuasa atau “Fasting Glucose Level” adalah kurang dari 5.6 mmol/L. Bagi nilai bacaan 5.6-6.9 mmol/L, ini adalah dipanggil prediabetes.
Seseorang itu berisiko untuk mendapat penyakit diabetes jika tidak mengurangkan pengambilan gula, mengambil makanan seimbang dan tidak mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam.
Bagi paras gula berpuasa 7.0 mmol/L dan keatas, ini adalah paras gula diabetes dan anda perlu merujuk kepada doktor untuk ujian lanjut dan ubat-ubatan sekiranya perlu.
Untuk masalah anda, oleh kerana saya tiada maklumat tentang unit bacaan gula anda, saya tidak boleh membuat kesimpulan tentang status anda. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian untuk memberikan maklumat lanjut dan mendapatkan nasihat tentang diabetes. Terima kasih.