
Sulit
3 tahun
Kencing manis tinggi
Saya beru pertama kali disahkan kencing manis pada umur 31 tahun. Lencing manis saya sgt teruk sehingga memcecah 18. Apakah jenis makanan yang patut saya ambil untuk turunkan kencing manis ini. Apakah makanan yang bolehbdiambil untuk turunkan paras gula ini. Bolehkah saya makan buah buahan . Atau saya jangan ambik gula langsung. Bolehkah saya makan roti wholemeal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, tidak ada masalah untuk pesakit diabetes untuk mengambil buah-buahan. Tetapi, pastikan ianya buah yang segar, bukan di dalam tin serta tidak ditambah dengan jeruk atau sebagainya.
Anda boleh makan wholemeal tapi berpada-pada. Makanan yang harus anda ambil adalah diet yang sihat. Lebihkan sayur-sayuran, kurangkan karbohidrat kera ianya merupakan gula kompleks, elakkan gula, makanan manis serta junk food atau makanan jajan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor atau pakar pemakanan.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.