
Sulit
3 tahun
Kencing,masalah kencing dan lidah kebas,tekak kelat walaupun minum air apepun
Saya terlalu kerap kencing,sejam atau 2 jam sekali saya kencing

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah kerap membuang air kecil dan ia amat mengganggu anda. Namun jangan risau, kami akan cuba untuk membantu anda.
Masalah kerap kencing yang dialami oleh anda boleh disebabkan oleh pelbagai faktor dan memerlukan pemeriksaan. Berikut merupakan punca lazim yang menyebabkan seseorang kerap membuang air kecil:
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
- Karang di dalam salur kencing
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted disease)
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Ia juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius, seperti:
- Masalah saraf
- Penyakit buah pinggang
- Kencing manis
Sekiranya anda mempunyai gejala ini juga, sila berjumpa dengan doktor segera:
- Demam
- Lemah badan dan lesu
- Sakit perut atau ari-ari
- Kencing berdarah atau/dan bercampur nanah
- Gatal-gatal di sekitar kawasan kemaluan
Berdasarkan kenyataan yang diberikan, kami sarankan supaya anda berjumpa dengan doktor segera untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut sebelum keadaan melarat.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.