Sulit
6 tahun
Kencing pedih dan berdarah
Saya ibu berusia 24 tahun dan ibu kpd seorang anak. Saya ada 2 soalan utk sy brtnya kpd doktor.
pada hari ke9 slepas bersih dari dtg bulan, saya ada bersama suami. Adakah waktu itu saya subur dan ada kmungkinan utk hamil?
Ktika saya mmbuang air kecil, sy mndpati air kncing sya pekat dan sy trnmpak seperti darah. Adakah saya kencing kotor atau itu merupakan tanda2 kehamilan?
Terima kasih doktor
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah kencing pedih dan berdarah yang anda alami boleh disebabkan:
- Jangkitan dalam saluran/pundi kencing
- Batu karang dalam saluran kencing
- Jangkitan kandidiasis
Manakala untuk menjawab soalan pertama, waktu subur pada kebiasaanny berlaku sekitar 14 hari selepas hari pertama haid. Sekiranya haid anda berlaku selama 5 hari disertai dengan persetubuhan bersama suami selepas 9 hari hari terakhir haid, anda berpeluang untuk hamil. Anda boleh menguji status kehamilan anda selepas 1-2 minggu persetubuhan untuk melihat jika anda hamil atau tidak.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































