deksyuha55
6 tahun
Kencing pedih selalu tak tahan kencing
mula mula faraj rasa gatal lepastu rasa tak tahan kencing ulang alik masuk tandas. 8-10 kali kencing . lama lama baru rasa kencing bila pedih dah seminggu lebih rasa . minum air lawas kencing pun tak berkesan .
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kencing pedih dan kerap boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Jangkitan saluran kencing
- Badan kurang hormon estrogen
- Batu karang
- Saluran kencing tersumbat
- Penyakit jangkitan kelamin
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































