
Sulit
4 tahun
Kencing sakit dan kerap
Saya berusia 27 tahun dan sudah berkahwin. Sebelum ini saya pernah membuat laparoscopy cyst ovarian. Pada awal tahun ini. Akhir-akhir ini saya mengalami masalah kencing sakit dan berdarah dan jugak kerap kencing hampir selama 1 minggu lebih selepas datang haid. Saya juga mengalami masalah cramp perut. Saya telah membuat test urine dan result mendapati bahawa air kencing saya tidak kotor.scan jugak tidak ada apa2. Adakah ini normal?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, masalah kencing sakit dan berdarah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan pundi kencing
- Jangkitan buah pinggang
- Trauma pada saluran kencing
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor supaya tidak berlarutan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.