
Sulit
5 tahun
Kencing sakit & keluar lendir macam warna air mani
Assalam, saya sudah berkahwin 8 bulan. Saya tidak pernah melakukan sex bebas. Saya sudah seminggu sakit ketika kencing tetapi sakit tu on off. Kemudian sudah 2 hari ada lendiran berwarna seperti air mani keluar dari kemaluan saya. Pergi jumpa doktor, doktor bagi ubat antibiotik zithrolide. Ada apa apa risiko bahaya ke tentang penyakit ni? Adakah bahaya? Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Sebetulnya, keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Maklumat lanjut adalah diperlukan bagi mengenalpasti masalah sebenar yang anda hadapi. Untuk makluman pihak tuan, secara umum sakit ketika kencing disertai keluar lendiri seperti air mani boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Radang pada pundi atau saluran kencing
- Radang pada bahagian prostate atau kantung zakar
- Jangkitan pada bahagian yang dinyatakan di atas
- Trauma atau kecederaan pada bahagian pundi, saluran kencing, prostate atau kantung zakar dan juga pada mana-mana bahagian di kawasan pelvik
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.