
Sulit
4 tahun
Kencing sakit pada penghujung
assalamualaikum doctor saya berumur 18tahun , saya ada mengalami kencing sakit pada penghujung, kerap kencing walapun seminit dah kencing , kencing tidak puas dan sakit pada uri uri. selain itu saya juga ada sakit pada kemaluan saya ketika lepas kencing. bokeh doctor terangkan simptom apa? terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diberi.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah kencing sakit pada penghujung serta kerap kencing dan merasakan sakit pada kemaluan setelah membuang air kecil. Untuk makluman anda, berikut merupakan senarai penyakit yang boleh menjelaskan simptom anda:
- Penyakit keradangan pada salur kencing seperti Urethritis
- Keradangan pada prostat (Prostatis)
- Keradangan pada pundi kencing (Interstitial Cystitis)
- Jangkitan kuman (Sexual transmitted infections)
- Jangkitan kulat
- Masalah otot pelvis yang mengawal saluran kencing
- Penyakit keradangan pelvis (PID) - hasil dari jangkitan STI
- Masalah pengsarafan pada otot pelvis
- Diabetes mellitus
- Jangkitan kuman pada buah pinggang
- Penyakit keradangan pada buah pinggang
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda mengenai perkara ini bagi mengenalpasti punca masalah anda kerana perkara ini boleh menjadi perkara yang serius jika tidak diberi perhatian.
Sila pantau jika anda mengalami simptom-simptom lain seperti:
- Keletihan dan tidak bermaya
- Demam
- Keruaman pada alat sulit atau kulit
- Kegatalan pada ruang alat sulit
- Sakit bahagian bawah perut
- Kencing berdarah atau mengeluarkan lendiran yang aneh.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah