Sulit
6 tahun
Kencing sakit..xselesa selepas kencing
Saya wanita brumur 25 tahun…sudah beberapa bulan sye kerap kencing sakit dan tiap kali kencing ade keluar ketulan darah yang kadang2 bewarna merah kadang2 warna hitam kdang2 bercampur darah dgan yang mcm jelly warna putih…dah byk kali pegi klnik hanya bg antibiotik stiap kli mkn kcing sakit akan hilang…dan slepas smnggu akan datang balik kcing sakit dan keluar darah too…last sye ade buat ultrasound tp xde ape2…sye xpasti sebab kaki tgn hospital hnya bg tau tiada apa2…skrang masih sakit sangat
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kencing rasa pedih yang anda alami boleh disebabkan:
- Jangkitan saluran/pundi kencing
- Batu karang
- Alahan saluran kencing terhadap sabun
- Jangkitan penyakit kelamin - sekiranya ada melakukan seks bebas
- Kecederaan pada alat kemaluan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































