
Sulit
4 tahun
Kencing tak lawas adakah saya terlalu banyak minum nescafe
Hi doc,saya nak bertanya…sejak kebelakangan ini saya mempunyai masalah kencing tak lawas…dan saya sudah buat urine test dan doc yg rawat saya tu cakap saya okey jee,tak ada sakit batu karang ke apa,cuma doktor bagi ubat URAL EFFERVESENT je,untuk lawas kencing…dah 2 hari saya minum ubat ni,tapi saya masih ada rasa tak lawas kencing tu dan masih sama sakit di bahagian bawah pusat…mungkin terlalu awal lagi untuk ubat berkesan…tapi sebelum saya mendapat kencing tak lawas ni saya ada minum nescafe 3 malam berturut-turut,adakah ini penyebab kencing tak lawas saya…sebab sebelum ni saya tak pernah amalkan minum nescafe ni dan tak pernah rasa kencing tak lawas macam ni…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah kencing tak lawas yang anda hadapi. Untuk makluman anda, kencing tidak lawas adalah rasa kencing yang tak puas dan seperti masih ada air kencing yang belum habis dikeluarkan. Masalah ini boleh berpunca daripada pelbagai perkara, antaranya ialah:
Penyingkiran air kencing dari pundi kencing yang tidak sepenuhnya sering tidak disedari sehinggalah sampai ke peringkat akhir. Peringkat ini boleh disebabkan oleh kerosakan saraf (kencing manis atau “multiple sclerosis”) atau salur kencing yang tersumbat.
3 sebab utama masalah ini adalah:
a) Pundi kencing hipotonik
b) Prolaps faraj (Rahim jatuh)- bagi wanita
c) Penyingkiran disfungsional terjadi apabila otot-otot di sekeliling uretra tidak dalam keadaan rileks semasa pembuangan air kencing. Kecederaan saraf tunjang, ‘slip disc’, pembedahan pelvik atau patah tulang juga boleh menyebabkanmasalah penyingkiran air kencing.
Masalah kencing tak lawas pada lelaki, secara umumnya boleh juga diakibatkan oleh beberapa perkara seperti:
- Benign prostatic hyperplasia(BPH) adalah pembesaran kelenjar prostat (bukan kanser). Kejadian ini kerap terjadi dalam kalangan lelaki yang berusia.
- Kanser prostat di mana sel-sel kanser yang tumbuh dalam prostat akan memberi tekanan kepada organ dan struktur berhampiran prostat.
- Urethral stricture merujuk kepada penyempitan uretra dan memberi kesan kepada aliran air kencing dari pundi kencing. Masalah ini kerap terjadi dalam kalangan lelaki muda dan lelaki tua berbanding golongan wanita dan remaja perempuan. Keadaan ini dianggap jarang berlaku kepada golongan wanita.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih