Sulit
3 tahun
Kencing tak lawas bila perut kosong
Saya wanita 41 thn, mempunyai diabetic type 2. Sering mengalami kencing tak lawas bila perut kosong. Sblm ini perkara ini terjadi waktu pagi sekiranya sudah 9am sy masih belum bfast (average mlm makan semalam last 9pm). Tetapi since bulan puasa ni, rasa tidak lawas itu akan mula terjadi sekitar selepaas 5-6jam selepas sahur. around jam 11 am ke atas…
Apa kemungkinan dr?
3 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk maklumat anda, antara punca kencing tak lawas adalah:
- Jangkitan saluran kencing, pundi kencing atau buah pinggang
- Masalah batu karang
- Terdapat kecederaan pada saluran kencing, pundi kencing atau pada buah pinggang
- Masalah pada struktur saluran kencing, buah pinggang atau pundi kecing, atau struktur sekitarnya.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk kepada doktor kerana maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila berbincang dengan doktor untuk mendapatkan untuk penjelasan yang lebih tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih