
zulhilmiaziz09
2 tahun
Kencing tak lawas dan tak tos sepenuhnya
Sy umur 25 tahun lelaki mengalami kencing tak lawas. Bagaimanakah ingin merawatnya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Prostat membesar (paling lazim dalam golongan lelaki)
- Jangkitan kuman pada saluran kencing (UTI)
- Jangkitan kelamin
- Masalah saraf pada pundi kencing (neurogenic bladder)
- Masalah batu karang dalam saluran kencing
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.