
Sulit
4 tahun
Kencing tak lawas .terasa sakit selepas buang air kecil
saya lelaki dalam 26 tahun ada masalah kencing tak lawas .di tepi kemaluan ada 3 biji sekolah jerawat.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, kencing tidak lawas adalah rasa kencing yang tak puas dan seperti masih ada air kencing yang belum habis dikeluarkan. Penyingkiran air kencing dari pundi kencing yang tidak sepenuhnya sering tidak disedari sehinggalah sampai ke peringkat akhir. Peringkat ini boleh disebabkan oleh kerosakan saraf (kencing manis atau “multiple sclerosis”) atau salur kencing yang tersumbat.
3 sebab utama masalah ini adalah:
a) Pundi kencing hipotonik
b) Prolaps faraj (Rahim jatuh)- bagi wanita
c) Penyingkiran disfungsional terjadi apabila otot-otot di sekeliling uretra tidak dalam keadaan rileks semasa pembuangan air kencing. Kecederaan saraf tunjang, ‘slip disc’, pembedahan pelvik atau patah tulang juga boleh menyebabkanmasalah penyingkiran air kencing.
Masalah kencing tak lawas pada lelaki, secara umumnya boleh juga diakibatkan oleh beberapa perkara seperti:
- Benign prostatic hyperplasia(BPH) adalah pembesaran kelenjar prostat (bukan kanser). Kejadian ini kerap terjadi dalam kalangan lelaki yang berusia.
- Kanser prostat di mana sel-sel kanser yang tumbuh dalam prostat akan memberi tekanan kepada organ dan struktur berhampiran prostat.
- Urethral stricture merujuk kepada penyempitan uretra dan memberi kesan kepada aliran air kencing dari pundi kencing. Masalah ini kerap terjadi dalam kalangan lelaki muda dan lelaki tua berbanding golongan wanita dan remaja perempuan. Keadaan ini dianggap jarang berlaku kepada golongan wanita.
Manakala, bagi masalah timbulnya jerawat pada kemaluan anda, ia boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Jangkitan kuman pada lapisan kulit
- Jangkitan kelamin seperti virus HPV atau sifilis jika anda ada melakukan hubungan seks dengan pesakit
- Akibat reaksi keradangan apabila terdapat alergi terhadap bahan fabrik ataupun sabun
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Maklumat lanjut diperlukan untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Hilangkan kegusaran dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah