Sulit
5 tahun
Kencing tak lawas/tidak habis
Saya wanita berusia 28 tahun. Sy baru habis period. Harini sy minum air seperti biasa, 1L setiap hari. Yg pelik, tiba2 harini bermula petang tadi, sy kencing seperti biasa tapi terasa belum habis. Pulang dari kerja, sy ke tandas lg sekali dan membuang air kecil tetapi hanya sedikit dan masih terasa seperti tidak habis. Saya masih terasa sakit seperti pundi kencing terlalu penuh dgn air dan kerap rasa ingin ke tandas. Tapi setiap kali saya ingin membuang air kecil, air yang keluar hanyalah sedikit. Apa masalah sy doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
- Karang salur kencing
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
- Jangkitan kelamin
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sila berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mempunyai gejala ini:
- Demam
- Sakit perut atau ari-ari
- Kerap dan sakit ketika kencing
- Air kencing bercampur darah dan/atau nanah
- Air kencing berbau busuk
- Loya dan muntah
- Lemah badan
- Sakit kepala
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.



































