
Sulit
4 tahun
Kencing terlalu kerap dan sakit pada perut
Hai saya wanita berumur 19 tahun, pernah menjalani operation appendix 3 bulan yg lepas, selepas operation ada bengkak dan anah yg jadi tapi tak pernah pergi hospital. Waktu operation pon saya masuk harini, esok pukul 10 pagi tu terus keluar. Dari lepas operation tu lagi, saya ada rasa semacam nyeri pada bahagian sisi perut tapi hanya datang dan hilang macam tu ja. Sekarang lebih kurang seminggu nih, rasa sakit tu tak hilanh dan sangat sakit sehingga menyukarkan saya berjalan, rasa sakit tu dari perut bahagian belah kanan hingga kebelkang dan saya juga jadi terlalu kerap kencing, rasa nyeri ketika kencing dan pundi kencing sakit hingga menyukarkan saya berjalan lepas membuang air kencing. Hampir setiap masa saya rasa macam ada ja air kencing nk keluar evn tho kalau saya pergi ke toilet yang kelur tu terlalu sikit. Rasa sakit pada perut tu semacam rasa senak. Saya ada pergi ke hospital tapi doktor cakap kata yang selalu jadi mcm ni lepas operation appendix sbb ada masalah pada usus tapj majority org tua dan saya tidak dapat sebarang rawatan dan hanya diberikan ubat bagi kencing lawas. Doktor juga cakap ada darah dalam air kencing tapi tiada kehadiran bakteria. Doktor saya risau dan buntu. Rasa sakit ni menyukarkan saya berjalan dan mengangkat benda berat, kaki belah kanan saya pon kalau angkat mmg rasa sakit kat perut. Jadi saya nak tanya apa yg perlu saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, ini boleh berkaitan dengan sejarah pembedahan anda ataupun tidak. Punca sakit semasa kencing dan kerap kencing adalah seperti:
- Urethritis iaitu keradangan uretra yang timbul akibat jangkitan bakteria seperti Chlamydia ataupun Gonorrhoea
- Cystitis adalah keradangan pundi kencing
- Pyelonephritis merupakan keradangan buah pinggang
- Batu karang
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera untuk menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.