fajuahana
6 tahun
Kencing terlalu lawas
Assalam and hai. Saya berumur 21 tahun saya nak cakap dlm 2 minggu lebih ni saya kerap sangat kencing, kdg tu tak sampai 1 jam saya rasa nak membuang, apa patut saya buat ye? Patut ke saya terus pergi jumpa doktor or tengok dlu dlm beberapa hari lagi.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- psychogenic polydipsia (minum air banyak kerana faktor psikologi)
- diabetes insipidus
- masalah pada buah pinggang
- jangkitan kuman pada saluran kencing (UTI)
- neurogenic bladder (pundi kencing tidak mampu menahan kecing kerana masalah saraf)
Anda sebeloknya berjumpa doktor untuk memastikan punca sebenar masalah anda memandangkan ia telah berlarutan sebanyak 2 minggu.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.


































