Sulit
6 tahun
Kencing Tidak Lawas dan berasa pedih
Saya wanita berumur 20 tahun .selepas dua hri saya bersetubuh .saya rsa pedih di kemaluan ketika saya hendak kencing and kerap pergi tandas .boleh saya tahu masalah yg saya tgh alami sekarang doc?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kencing pedih boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- STD seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Luka di kulit kemaluan seperti luka lecet
- Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
- Batu karang
- Saluran kencing tersumbat
Adalah amat digalakkan untuk memeriksakan kondisi anda ke doktor agar penyakit tidak memburuk dan menjadi parah. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.


































